Kajian: Malaysia Negara Ke-7 Paling Banyak ‘Membawang’ Pasal K-pop

Nampaknya, penangan K-pop di Malaysia bukan biasa-biasa. Mana tidaknya, siapa sangka Malaysia menduduki tempat ketujuh carta negara paling kerap membincangkan isu atau topik K-Pop di laman Twitter.

Rekod carta itu dikeluarkan oleh Twitter dengan kerjasama K-Pop Radar, semalam bersempena menyambut ulang tahun ke-10 komuniti K-Pop global berserta kejayaan #KPopTwitter di platform media sosial terbabit.

Data terbabit dikumpulkan daripada lebih 6.1 billion ciapan berkaitan K-Pop yang direkodkan Twitter selama 12 bulan terakhir iaitu dari 1 Julai 2019 hingga 30 Jun tahun ini.

Lebih mengejutkan, rakyat Thailand menduduki tempat pertama sebagai negara yang paling banyak ciapan mengenai K-Pop berbanding negara K-pop sendiri iaitu Korea Selatan.

 

Diikuti Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat dalam kedudukan lima teratas. Lebih menjadi perhatian apabila Brazil menduduki tangga ke-6 diikuti Malaysia, Jepun, Mexico dan Argentina.

Menerusi carta itu, kumpulan BTS berada di tempat pertama paling banyak diciap di Malaysia. Kemudian, diikuti EXO, BLACKPINK, TWICE, TXT, SEVENTEEN, GOT7, ATEEZ, Stray Kids, dan NU’EST.