Umum mengetahui bermula 12 malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di tiga kawasan zon merah di Sabah dan di Klang, Selangor bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai perkongsian seorang netizen apabila Pejabat Agama Daerah Klang dipenuhi ramai pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan sebelum PKPB dilaksanakan tengah malam semalam.
Menerusi perkongsian oleh jurugambar Sheikh Ameer Haziq menerusi Facebook, dia menggambarkan keadaan di Pejabat Agama Daerah Klang seolah mahu meletup disebabkan ramai pasangan pengantin menyerbu pejabat berkenaan.
Tidak dapat dipastikan berapa pasangan yang diijabkabulkan semalam, namun di ruangan komen seorang netizen memaklumkan pejabat agama berkenaan menerima kunjungan 118 pasangan dalam masa sehari..
Menurut jurugambar itu lagi, Pejabat Agama Daerah Klang mengarahkan pasangan yang sudah daftar nikah pada bulan Oktober melangsungkan pernikahan sebelum PKPB bermula hari ini.
Meskipun Pejabat Agama itu menerima kunjungan yang ramai namun, tetap mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya membenarkan seramai 5 orang sahaja dalam satu masa.
SUMBER: Facebook Sheikh Ameer Haziq