Tidak dapat dinafikan, kanak-kanak memang penuh dengan daya imaginasi dan dalam masa yang sama waktu kecil inilah antara waktu paling berharga untuk ibu bapa sama-sama luangkan bersama mereka.
BACA: Anak Mangsa Kemalangan Myvi Putih Tak Henti Menangis, Tidur Sambil Peluk Baju Bapa
Melalui perkongsian di Facebook yang tular ketika ini, telatah anak kecil yang mahukan seekor binatang peliharaan dalam keadaan menangis teresak-esak ternyata mencuit hati netizen.
Pada mulanya si ibu menawarkan untuk membela baby rabbit namun cadangan itu ditolak kerana si anak mahukan babi sebagai haiwan peliharaan. Entah berapa kali kami ulang video pendek ini sambil gelak.
Pasti tergelak sendiri si anak apabila menonton kembali video ini apabila dewasa nanti. Apa pula pengalaman anda ketika kecil yang masih anda ingat? Kongsi sikit di ruangan komen.