Setiap kali ada isu mahu pun situasi sukar yang melanda, pasti pasukan Ebit Lew pantas tampil memberikan kerjasama atau pun jalan penyelesaian yang sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terkesan.
BACA: Ini Punca Kenapa Ebit Lew Kena Mohon Maaf Sebab Tolong Pelajar UPSI
Baru-baru ini, seperti kebiasaan, Selangor sekali lagi dilanda masalah pencemaran air sehingga menyebabkan lebih 1,000 kawasan yang terjejas bekalan air. Entah bila kilang yang menyusahkan orang ramai itu nak berhenti operasi, geram sungguh rasa.
Peka dengan situasi yang melanda, Ebit Lew dan pasukannya pantas memberikan bantuan kepada kawasan yang terlibat. Perkara yang dikongsikan di akaun laman sosialnya itu turut menyatakan bahawa ramai lagi pihak memerlukan bantuan.
“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves”
Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan,” kongsi Ebit di sosial media.
Semoga perkongsian Ebit ini mampu membuka lebih ruang dan peluang bagi golongan yang berkemampuan untuk sama-sama menolong meringkan beban mereka yang memerlukan.
Sehingga kini, Air Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala usaha sedang dijalankan dan keadaan dijangka akan pulih sepenuhnya pada 23 Oktober 2020 ini.
SIARAN MEDIA: STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR, PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK DAN KUALA LANGAT pic.twitter.com/i5Ur5aDcGw
— Air Selangor (@air_selangor) October 20, 2020
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.