Rasanya pasti ramai diantara anda yang berdepan pengalaman dimana tengak sedang seronok tengok wayang, tetapi ada pula pasangan yang sedang sibuk buat ‘wayang’ sendiri.
Pasangan yang seronok buat ‘projek’ ini sangkakan perbuatan terkutuk mereka itu tidak diketahui sesiapa. Tetapi tahukah anda perbuatan anda itu sebenarnya boleh dilihat oleh kakitangan yang bekerja di pawagam?
Kini hampir seluruh panggung wayang memasang kamera CCTV dengan fungsi night vision bagi mencari semula barang-barang yang ditinggalkan tanpa sengaja oleh penonton seperti beg dompet atau telefon bimbit.
Seorang netizen yang juga merupakan pekerja disebuah rangkaian pawagam turut tampil memberi berkongsikan mengenai perkara itu. Ujarnya, setiap panggung wayang mempunyai kamera CCTV yang diletakkan berhampiran dengan skrin bagi memantau kelakuan penonton wayang.
Okay idk if ALL cinemas have cctv or not. I am no PR who speaks for all. But that cctv captures all seat in one frame. Night-vision. It’s situated somewhere beside the screen. So kalau korang tinggal wallet ke phone ke nak nampak apo. Tapi masa aku kerja dulu, aku tolong la cari.
— Abul ¹⁹⁸⁹ (@pineabul) February 11, 2020
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan pendedahan itu dan tampil membuat pengakuan mereka yang menghiburkan.
Ada yang membuat pengakuan pernah melakukan perkara tidak sepatutnya di dalam pawagam, malah ada yang mengaku membawa masuk makanan luar.
Apa pun diharap dengan perkongsian tersebut tiada lagi penonton yang datang buat wayang sendiri dalam pawagam. Tak pasal-pasal jadi tatapan umum pula aksi anda itu nanti.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂