Sejak beberapa hari lalu, gelombang ketiga pandemik Covid-19 di beberapa negeri mencatatkan kes yang agak membimbangkan terutama di Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan.
Lebih mengejutkan, semalam sahaja sebanyak 1,884 kes baharu dicatatkan dan Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 1,203 kes. Daripada jumlah tersebut, 1,067 melibatkan pekerja kilang Top Glove.
Susulan peningkatan kes itu, pihak kerajaan bersetuju untuk menutup 28 kilang Top Glove di Klang secara berperingkat untuk menjalankan ujian saringan dan kuarantin.
Peningkatan kes mendadak melibatkan warga asing itu sekaligus rasa kecewa di kalangan rakyat melihatkan kes meningkat meskipun perintah kawalan pergerakan bersyarat telah dikuatkuasakan.
Malah, menerusi media sosial rata-rata netizen jari menyalahkan Top Glove kerana gagal menjaga kebajikan para pekerja. Tidak kurang juga ada yang mengingatkan kembali mengenai isu yang pernah diketengahkan oleh media antarabangsa Al-Jazeera sebelum ini.
THIS. Irresponsible big companies like Top Glove have to be put to task. The government must be firm and side with the working class! https://t.co/EcbHHp50AH
— Shahrul Azwan (@shahrulazwn) November 23, 2020
https://twitter.com/tijanishere/status/1330849132802494469?
Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan syarikat tersebut yang sudah mengaut untung besar namun tidak menjaga kebajikan pekerja.
Difahamkan isu kebajikan pekerja warga asing dari Top Glove bukanlah perkara baharu. Sebelum ini satu siasatan dilakukan oleh Channel 4 News mendedahkan Top Glove bertindak tidak adil terhadap pekerja migran.
Pekerja warga asing dikerah berkerja selama 6 hari seminggu dengan bayaran sebanyak RM5.00 sejam. Lebih mengejutkan, pekerja mereka dikatakan terpaksa berhimpit seramai 24 orang di dalam satu bilik.