Bermula 13 Disember depan, syarikat penerbangan Israel akan melakukan 14 penerbangan dalam seminggu dari pusat bandar Tel Aviv ke Dubai.
Memetik laporan Republika.id, ini merupakan kesepakatan yang dibuat pada bulan September lalu menerusi jalinan hubungan diplomatik sekaligus membuka jalan kerjasama ekonomi antara Israel dan UAE.
Difahamkan, syarikat penerbangan Israel, El Al merancang untuk mengendalikan tiga penerbangan. Penerbangan akan dibuat pada hari Ahad dan Khamis dan dua pada hari lain dalam seminggu.
El Al menyatakan pelancong Israel boleh memasuki UAE dengan menggunakan pasport asing yang membolehkan masuk ke destinasi dan atau dengan visa yang sah.
Sempadan Israel sebahagian besarnya ditutup untuk orang luar susulan pandemik Covid-19 dan hanya pemegang pasport Israel sahaja dibenarkan masuk.
Sementara itu dua lagi syarikat penerbangan Israel iaitu Arkia dan Israir Airlines mengatakan mereka hanya merancang untuk memulakan penerbangan ke Dubai bulan depan.
El Al dan Etihad Airways, minggu lalu menandatangani perjanjian kerjasama yang lebih mendalam seperti berkongsi kod antara Abu Dhabi dan Tel Aviv dan destinasi lain.
Etihad memberitahu mereka akan memulakan penerbangan harian antara Abu Dhabi dan Tel Aviv mulai 28 Mac tahun depan.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.