Nampaknya ini laporan ini mungkin boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan anak muda apabila statistik menunjukkan bilangan rakyat Malaysia berkahwin menurun dan jumlah perceraian semakin meningkat.
Menurut Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020, jumlah rakyat Malaysia yang berkahwin menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya.
The number of marriages declined with the median age of brides increased to 27 years and the divorces increased to 12%. #StatsMalaysia#MyStatsDay#WorldStatsDay#Connectingtheworldwithdatawecantrust#MyCensus2020#MenghitungMalaysia#DataAndaMasaDepanKita#PastikanAndaDibanci pic.twitter.com/XSoSpMhMok
— DOSM (@StatsMalaysia) November 30, 2020
Ramai pula yang bercerai
Lebih mengejutkan, laporan juga menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.
Susulan penurunan jumlah perkahwinan, kadar perkahwinan umum bagi pengantin lelaki mencatatkan penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas.
Trend serupa juga direkodkan untuk pengantin wanita yang mencatatkan penurunan dari 47.0 kepada 46.2 per seribu populasi wanita belum berkahwin berusia 16 tahun ke atas.
Purata umur wanita berkahwin meningkat
Purata umur pengantin lelaki kekal pada 28 tahun, manakala purata umur pengantin wanita meningkat dari 26 tahun (2018) kepada 27 tahun 2019.
Lelaki yang berkahwin lebih tinggi daripada wanita pada tahun 2019, dengan 50.1 peratus daripadanya sudah berkahwin. Manakala wanita yang berkahwin pula berada pada kadar 46.2 peratus.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Bernama