Dalam kesibukan bekerja ditambah dengan tugas menjaga anak, ada masanya para isteri tidak sempat untuk berhias. Lebih menimbulkan masalah jika segala kerja rumah dan menjaga anak diserahkan sepenuhnya kepada isteri sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian seorang pengguna Twitter memuat naik paparan skrin mesej dengan seorang pelanggan wanita. Difahamkan wanita itu membeli lingeries untuk berhias cantik di depan suaminya.
Namun, akhirnya wanita itu memberitahu berita sedih apabila dia menukar fikiran dan meminta untuk sedekahkan sahaja pakaian tersebut kepada orang lain.
Bulan lepas ada customer beli lingeries. Dah siap packing, dia cakap nak hold dulu pulak. Iya kan je lah.
Lepas sebulan dia whatsapp semula… pic.twitter.com/1xDdoANIWg
— SDalia (@daliajepp) November 30, 2020
Wanita itu memberitahu dia sebenarnya sudah bercerai dengan suami kerana kekurangannya sendiri yang selekeh dan tidak pandai melayan suami.
Dalam pada itu, wanita itu turut menyarakan pada isteri supaya menitikberatkan soal penampilan dan rajin melayan suami kerana jika tidak berbuat demikian ada perempuan lain diluar sana yang akan melayan suami kita.
Kata wanita itu lagi, dia membeli baju berkenaan untuk memikat hati suaminya semula, namun semuanya terlambat apabila dia dijatuhkan talak sebelum sempat membetulkan kekurangannya.
“Sebenarnya saya dah bercerai sebelum sempat saya betulkan kekurangan saya. It is too late for me, saya selekeh dan tak pandai layan suami. Baru sekarang saya ada kekuatan nak cakap pada sis. InshaAllah ada hikmah semua ni. Sis buat giveaway pun ok. Saya halalkan
“Cuma nasihat saya yang baru kahwin, pakai la cantik-cantik. Rajin-rajin layan suami. Manja-manja dengan suami. Kalau kita malu-malu nak layan suami, ada perempuan lain yang tak tahu malu nak layan suami kita,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dan tidak puas hati dengan alasan suami wanita itu yang menceraikannya hanya kerana dia tidak pandai berhias.
Malah, netizen menyifatkan suami wanita itu berkahwin atas dasar nafsu semata-mata, bukan kerana ikhlas mencintainya. Susulan pendedahan tersebut, ada meluahkan rasa bimbang untuk berumah tangga kerana isu seperti ini.
SUMBER: Twitter Daliajepp