Pintu Sempadan Thailand Bakal Dibuka Kepada Pelancong Dari Semua Negara

Susulan wabak COVID-19 melanda dunia, ianya bukan sahaja memberi kesan kepada orang ramai, malah turut menyebabkan ekonomi dan pelancongan semakin tenat sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar.

Sering menjadi pilihan destinasi percutian, Thailand dikhabarkan bakal membuka pintu sempadan kepada pelancong dari semua negara tidak lama lagi dalam usaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk.

Untuk merealisasikan perkara berkenaan, jemaah menteri hari ini turut meluluskan pelan memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara.

Sebelum ini STV hanya diberikan kepada pelawat dari negara berisiko rendah COVID-19, namun bilangan pelancong yang memanfaatkan kemudahan itu adalah rendah.

“Jauh lebih rendah daripada jangkaan kami. Hanya 825 pelancong daripada 29 negara dan enam kapal layar dari negara asing berlabuh di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, semua pelancong yang berhasrat untuk memasuki Thailand perlu mematuhi peraturan di bawah STV termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik tiba.

SUMBER: BH Online