Semalam kita dikejutkan dengan dengan angka tertinggi positif COVID-19 apabila mencatatkan sebanyak lebih 3,000 kes. Jumlah kes mendadak naik itu sekaligus mencetuskan kebimbangan ramai.
Lebih membimbangkan apabila tular satu video di Facebook memaparkan keadaan terkini di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di MAEPS Serdang yang padat dan sesak dengan pesakit.
Menerusi perkongsian tersebut, pusat kuarantin itu kini menempatkan mereka yang positif COVID-19 tahap 1 (tidak bergejala) dan tahap 2 (bergejala ringan).
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa risau dengan keadaan di pusat kuarantin berkenaan. Kata netizen lagi, jika keadaan tidak terkawal, lebih ramai lagi yang akan dijangkiti wabak terbebut.
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kasihan dengan para petugas hadapan yang kini sedang bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat lelah untuk memutuskan rangkaian Covid-19.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan kepada kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah kes.
Ia berikutan sistem penjagaan kesihatan kini berada pada “tahap genting” dan mereka kini sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesakit.
SUMBER: Facebook