Sejak penularan wabak Covid-19, rata-rata masyarakat dilihat lebih peka tentang soal kebersihan. Malah, pemakaian pelitup muka dan hand sanitizer sangat diutamakan walau kemana sahaja kita berada.
Bagaimanapun, baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal (WAF) apabila tular gambarnya dirakam mengambil dan memegang pisang goreng di sebuah gerai menggunakan tangan.
Tindakannya itu sekaligus mengundang kritikan netizen yang menyifatkan ianya kurang sopan dan tidak menitikberatkan kebersihan.
Tidak kurang juga ramai yang mengecamnya yang bukan sahaja memegang makanan menggunakan tangan, malah tidak memakai pelitup muka.
Malah, tindakan timbalan menteri itu juga turut mengundang rasa terkejut daripada pemilik kedai itu sendiri.
Menerusi komen di Facebook, wanita bernama Nurul Asyikin Roshidan mengaku dirinya pemilik gerai berkenaan menyifatkan tindakan timbalan menteri itu agak kurang sopan.
Ujarnya lagi, ketika kejadian dia agak terkejut apabila gerainya diserbu timbalan menteri berkenaan, namun peniaga itu mengakui tidak mengenai siapakah gerangan timbalan menteri tersebut.
SUMBER: FacebookÂ