Dalam perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera dan tiada perintah berkurung.
Muhyiddin berkata, sepanjang tempoh tersebut pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.
Jelasnya lagi, persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan dilaksanakan serta pilihan raya umum, pilihan raya kecil, dan pilihan raya negeri juga tidak akan dilaksanakan.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan Perikatan Nasional tidak akan campur urusan mahkamah untuk menegakkan hukum dan keadilan sepanjang tempoh darurat.
“Saya juga memberi jaminan bahawa sepanjang tempoh darurat ini, badan kehakiman akan terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadailan.
“Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sesekali mencampuri urusan mahkamah,” katanya.