Sememangnya bukan mudah untuk turunkan berat badan apatah lagi ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Malah, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa peduli bahaya akan menimpa demi untuk cantik.
Namun, ianya tidak mustahil seperti seorang wanita ini yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 43 kilogram dalam masa 11 bulan.
Tidak lokek berkongsikan rahsianya menurunkan berat badan, Hidayah Adam berkata berat asalnya 100kg dan kini sudah menceca 57kg.
Ibu kepada empat orang cahaya mata ini berkata perjalanan menurunkan berat badannya bermula pada September 2019 dengan mengamalkan diet suku-suku separuh.
Assamualaikum dan selamat pagi, just nak share pengalaman saya turunkan berat badan dari 100kg kepada 57kg dalam masa 11 bulan. Saya 33 tahun mak kepada 4 anak, journey saya start bulan 9 2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020.
First thing saya buat adalah cut portion makan saya.. full bertukar kepada suku-suku separuh. Sekarang pun masih mengamalkan suku-suku separuh, bagi saya portion ini sangat-sangat terbaik dan bagus untuk tubuh badan kita. Jika tanya senaman hanya 2 jenis senaman sahaja saya lakukan
Dalam pada itu, Hidayah turut melakukan senaman sebanyak 3 kali seminggu selama satu jam. Antara senaman dilakukannya adalah muaythai dan bodyweight training.
Saya lakukan senaman 3x seminggu selama 1 jam, kepada fighter yang sedang turunkan berat badan 1 je saya nak pesan kentalkan fizikal dan mental, aim untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata.
Journey kita bukan stop bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup. Be healthy be fit! U can do it gurlz!
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Facebook Diet Suku-suku separuh