Sejak semalam nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi bualan ramai di media sosial.
Mana tidaknya, ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru menteri itu yang kelihatan lebih langsing dan bergaya daripada dahulu.
Malah, ramai yang kagum dengan Rina lebih-lebih lagi sebagai menteri yang sibuk namun masih ada masa untuk menurunkan berat badan.
Melihatkan perubahan mendadak menteri itu, ramai yang menjadikan Rina sebagai inspirasi untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Tidak kurang juga ramai yang berharap menteri itu akan berkongsikan rutin yang diamalkan untuk menurunkan berat badan.
Sebelum ini, Rina pernah disahkan positif Covid-19 pada awal Januari lalu dan ini adalah penampilan terbarunya selepas jarang muncul di media sosial dan kaca televisyen.
SUMBER: Twitter