Tidak dinafikan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor perhotelan antara industri yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Lebih menyedihkan, banyak hotel terpaksa gulung tikar hingga mengakibatkan ramai pekerja hilang sumber pendapatan.
Bagaimanapun, masih ada pengusaha yang cuba bertahan sehabis boleh dengan melakukan pelbagai inisiatif untuk menjana pendapatan agar hotel dapat bertahan.
Jika sebelum ini hotel di Pulau Pinang mengadakan promosi jualan makanan, kali ini hotel di Melaka turut mengikut jejak langkah yang sama.
Hotel Hatten bertaraf 5 bintang itu telah mula menjual makanan hotel mereka di jalanan secara pandu lalu dan juga penghantaran ke rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lebih menarik, hotel tersebut menawarkan nasi bajet serendah RM2 hadir dengan nasi putih beserta ayam atau ikan dan sayur-sayuran.
Menurut ketua tukang masak hotel, Badrol Hisham Mohd Ali mengatakan bahawa inisiatif ini dijalankan kerana tiada pelanggan di hotel dan restoran turut ditutup.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.