Sejak Ahad lalu, kemelut politik negara kita rancak diperkatakan sehinggakan petugas media terpaksa berkampung sejak dari pagi di hadapan Istana Negara untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai isu tersebut.
Sudah tentu ahli-ahli parlimen menjadi sasaran utama wartawan untuk mendapatkan informasi terbaru berkenaan situasi yang sedang berlaku sekarang.
Bagaimanapun, satu video tular di laman Twitter apabila seorang wartawan telah ditegur oleh ahli UMNO vateran iaitu Tengku Razaleigh Hamzah atau mesra disapa Ku Li berikutan soalan yang ditanya dalam bahasa Inggeris.
Apabila menemuramah tokoh yang berbangsa Melayu, sila guna Bahasa Melayu.
Bahasa jiwa bangsa. Bahasa Melayu telah termaktub di dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi. pic.twitter.com/a6kGRwgjSL
— lovelydarshan (@ladydarshankaur) February 26, 2020
Menerusi video itu, Ku Li kemudian bertanyakan kepada wartawan tersebut sama ada dia berbangsa Melayu dan mengatakan beliau hanya menjawab soalan yang ditanyakan dalam bahasa Melayu sahaja.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan Ku Li menegur individu tersebut. Malah, netizen turut mengatakan petugas media sepatutnya lebih media dengan siapa mereka bertanyakan soalan.
Kata netizen lagi, ianya sangat memalukan jika ada dikalangan wartawan Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu. Tidak kurang juga ramai yang berharap agar ianya menjadi ikutan semua pemimpin.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂