Video Pendek Tentang Makcik Jalan Kaki Ini Buat Ramai Menangis

Setiap anak mahukan yang terbaik untuk ibu bapa mereka sebagaimana mereka membesarkan kita dengan baik dari kecil hingga dewasa.

Jika melihat pasangan tua yang sudah dimamah usia berada dalam keadaan susah, pasti kita akan sebak kerana teringatkan ibu bapa kita sendiri.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok milik Athirahzaharii yang berkongsikan video menumpangkan sepasang suami isteri warga emas yang sedang berjalan kaki sambil memikul barangan berat.

Menurut Athirah, pasangan itu dalam perjalanan menuju ke rumah mereka kelihatan letih kerana berjalan kaki sambil memikul barang mungkin dari tempat yang agak jauh. Dapat dilihat, pasangan itu membawa barangan dengan menggunakan kayu.

Sampai di rumah, Athirah berkata mereka sempat berbual dan mendengar luahan hati daripada pasangan warga emas itu. Lebih sebak ketika hendak pulang, wanita berusia itu berpesan menjenguk mereka kerana sunyi.

Perkongsian Athirah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat pasangan warga emas itu berjalan kaki sambil membawa barang yang berat.

Malah, ada yang menangis kerana teringatkan ibu bapa masing-masing yang sudah meningkat usia dan bersyukur masih lagi mempunyai ibu bapa.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan serta berharap Athirah akan terus melawat pasangan itu.

SUMBER: TikTok