Baru saja reda kisah tular seorang lelaki menuduh rider Grab mencuri air Starbucks sehingga digantung kerja, kecoh pula kisah melibatkan majikannya Bateriku.com.
Tular di media sosial apabila 15 rider FoodPanda datang membawa makanan di syarikat Bateriku.com dan memberitahu bahawa pesanan dibuat daripada alamat tersebut semalam.
Namun apa yang mengejutkan, Bateriku.com menyatakan bahawa mereka tidak membuat apa-apa pesanan yang dikatakan bernilai RM500.00 dan perlu dibayar tunai.
Dalam satu kenyataan, Bateriku.com berkata enghantaran makanan itu dilakukan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan 15 penghantar makanan Foodpanda.
Susulan insiden itu, pihak Bateriku.com telah memaklumkan kepada Foodpanda untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan kepada alamat syarikat tersebut.
“Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di pejabat kami dimana mereka menunjukan bukti pesanan makanan di aplikasi mereka.
“Kesemua jenis pambayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai berjumlah hampir RM500,” katanya.
Bagaimanapun, Foodpanda tidak mengenakan sebarang caj pembayaran, manakala makanan tersebut dokongsi bersama-sama rider dan pekerja Bateriku.com.
Sehingga kini masih belum tahu siapa pihak yang bertanggungjawab melakukan prank tersebut.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Kosmo