Umum mengetahui, buat masa ini rakyat masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), PKPB dan PKPP.
Jika mahu merentas negeri, perlulah ada sebab kukuh dan juga surat kebenaran yang diperoleh daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila netizen meluahkan rasa bengang apabila mendakwa sekumpulan influencers berkongsikan foto menghadiri majlis perkahwinan rakan di Kelantan.
Malah, influencer berkenaan turut memuat naik gambar bersama pengantin di media sosial masing-masing.
Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati serta mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas negeri sedangkan ramai yang menanggung rindu tidak dapat bertemu dengan keluarga.
Susulan itu, ramai yang mahukan alasn kukuh tujuan mereka boleh merentas negeri serta menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang tanpa segan silu berkongsikan perkembangan mereka ketika berada di sana.
Sementara itu, ruangan komen Instagram influencer-influencer berkenaan dihujani kecaman netizen yang turut memerli mereka menggunakan ‘cable’ apa sehingga boleh rentas negeri.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.