Umum mengetahui, semalam sejarah tercipta apabila Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin menjadi individu pertama negara menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech
Selain PM, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya turut menerima vaksin yang sama semalam.
Namun hangat diperkatakan apabila ada yang mempersoalkan mengapa jarum tersebut pada mulanya berwarna biru kemudian bertukar warna oren.
Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Dr. Arisman akui bimbang dengan maklumat mengelirukan masyarakat luar sana. Menurut Dr Arisman, ia adalah perkara biasa terutama bagi ibu bapa yang pernah menemani anak mereka menerima suntikan di klinik-klinik.
Ada follower tanya “Betul ke ni doktor, jarum dia berubah? Ambil ubat pakai warna biru kemudian bila suntik dah tukar warna oren? Menipu ke? Risau takut info ni mengelirukan masyarakat luar sana
Baiklah. Keadaan ini memang biasa berlaku. Terutama para ibu bapa yang menemankan bayi kecil mereka suntik di klinik-klinik, mereka selalu nampak keadaan ini. Nurse akan melakukan hal yang sama. Apa dia? Iaitu
1. Ambil jarum dengan saiz lebih besar untuk menarik masuk ubat dari ampoule/vial vaksin. Kenapa? Sebab lebih cepat dan mudah prosesnya menarik ubat utk masuk ke dalam picagari (syringe) dengan cepat.
Ada yang pakai warna biru (saiz 23G), ada yg pakai lebih besar seperti warna hijau (saiz 21G)
2. Selepas ubat dah masuk dalam picagari (syringe), kemudian nurse/doctor akan tukarkan jarum sahaja kepada saiz yang lebih sesuai iaitu tempat suntikan dan saiz badan individu. Picagari tak akan bertukar ya.
Jika nak suntik pada bahagian punggung orang dewasa yang lebih tebal isi kulit dan lemak, maka doktor akan tukarkan kepada jarum warna biru juga (jarum berbeza dengan jarum yg dipakai pada awalnya) ataupun jarum berwarna hijau.
Jika nak suntik pada bahagian lengan, nak pakai jarum biru pun boleh jika berbadan besar, tetapi kebanyakkan kami akan memilih jarum berwarna oren kecil bersaiz 25G.
Setiap saiz jarum berbeza diameter dan panjangnya. Ini sangat penting dalam memilih jenis suntikan yang diberikan. Begitu juga apabila doktor/nurse ingin mengambil darah pesakit. Ada macam2 warna kan?
Selain itu, antara sebab penting perlu tukar jarum tersebut adalah untuk mengelakkan kontaminasi silang atau cross infection daripada permukaan ampoule/vial kepada kulit dan lapisan bawah kulit.
Di akhir perkongsian itu, Dr Arisman turut berharap golongan antivaksin dapat menghentikan penyebaran berita yang salah mengenai perkara itu.
SUMBER: Facebook Dr Arisman