Bapa Terkejut Kantin Sekolah Jual Megi Kosong Tapi Harga RM1.50

Baru sahaja beberapa hari bermula sesi persekolahan secara bersemuka, timbul cerita tak sedap didengar mengenai makanan yang dijual di kantin sekolah.

Menerusi TikTok, seorang bapa meluahkan rasa terkejut dengan makanan yang dijual di kantin sekolah anaknya yang disifatkan tidak berbaloi.

Menurut Adam Azali, anaknya yang berusia 7 tahun membawa pulang megi goreng yang dibeli di kantin sekolah, namun dia terkejut dengan kualiti makanan yang dijual itu.

Mana tidaknya, hanya mee segera dan rencah sahaja yang diletakkan di makanan tersebut tetapi dijual dengan harga RM1.50.

Ujarnya, anaknya menyangkakan makanan tersebut adalah mee goreng kerana bentuk mee yang kembang tetapi rupanya megi goreng.

Katanya lagi, nasib baik dia membekalkan anaknya dengan makanan dari rumah untuk dia mengisi perut ketika waktu rehat.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut serta memintanya untuk membuat aduan kepada pihak sekolah agar diambil tindakan terhadap pihak pengusaha kantin.

SUMBER: TikTok