Beberapa hari lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan aktiviti pelancongan di negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah pun dibenarkan.
Ia bagi membantu pembangunan ekonomi terutama dalam sektor pelancongan. Memandangkan Langkawi merupakan zon hijau, ramai tidak melepaskan peluang untuk bercuti.
Sejak semalam, tular beberapa keping gambar dikongsikan oleh Facebook Langkawi Kini memaparkan orang ramai membanjiri jeti Langkawi.
Perkongsian itu turut disertakan peringatan supaya mereka yang bercuti ke Langkawi supaya sentiasa menjaga SOP dan tidak leka untuk menjaga jarak.
Namun, seperti sudah dijangka, perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang bimbang jika kes meningkat naik disebabkan pergi bercuti.
Tidak kurang juga ada yang bimbang kes meningkat naik, serta PKP dilaksanakan semula, maka tidak dapat pulang ke kampung berhari raya kelak.
Apa pun rentas negeri hanya dibenarkan di negeri PKPP sahaja. Walau ke mana pun anda pergi, pastikan jaga SOP, kalau tak memang tak balik kampung lagi raya ni jawabnya.
SUMBER: Facebook Langkawi Kini