Umum mengetahui, sejak 11 Mac lalu kompuan RM10,000 sudah mula berkuat kuasa dan sehingga Jumaat lalu seramai 330 individu dikenakan kompaun jumlah tersebut.
Perkara itu sekaligus menimbulakan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kerana jumlah yang dikenakan terlalu tinggi dan membebankan rakyat.
Bagaimanapun, sejak semalam tular mengenai konvensyen DAP sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen yang melihat acara Pemilihan Ahli Jawatankuasa DAP Perak itu tidak mengikut SOP.
Memetik laporan Astro Awani, konvensyen itu dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP seluruh negeri.
Menerusi komen Facebook Astro Awani, rata-rata netizen mempersoalkan tiada penjarakan sosial pada pertemuan tersebut namun tiada kompaun dikenakan.
Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya dimana pihak berkuasa dan mengapa mereka tidak dikenakan kompuan.
Kata netizen lagi, adakah hanya rakyat sahaja yang boleh dikenakan kompaun tetapi golongan mereka ini tidak diambil tindakan. Malah, netizen turut mengatakan ada seorang ahli DAP dilihat tidak memakai pelitup muka dan meletakkan di dagu sahaja.
Dalam pada itu, ada yang berharap pihak berkuasa tidak mengamalkan sikap double standard apabila hanya rakyat sahaja yang dikenakan kompaun jika melanggar SOP.
SUMBER: Astro Awani