Tiada angin tiada ribut, pasangan selebriti popular, Neelofa, dan pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dikatakan bakal bernikah minggu ini.
Hangat diperkatakan pasangan itu bakal melangsungkan majlis antara 25 hingga 27 Mac ini. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh berhubung tarikh yang didakwa.
Lebih menjadi perhatian, semalam akaun Instagram @lofa.page memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, tetapi video itu dipadam beberapa jam kemudian.
Malah, tanda pagar #NLFH juga sudah mula aktif digunakan oleh peminat mereka. Memetik laporan BH Online, usaha untuk mendapatkan kesahihan berita itu tidak berjaya apabila masing-masing tidak memberikan jawapan.
Difahamkan, sebuah majlis bersama Neelofa dan Nilofa sempena Ramadan yang dijadualkan berlansung pagi tadi namun ditunda pada saat akhir.