Ini pastinya mengejutkan rakyat Malaysia apabila trailer dokumentari Netflix, Dirty Money musim kedua menampilkan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Difahamkan, Ahli Palimen Pekan itu akan muncul di dalam salah satu episod bertajuk ‘Man at the top’ yang diarahkan oleh Zach Heinzerling.
Video berdurasi 1 minit 47 saat itu memaparkan dakwaan salah laku rasuah yang dihadapi mereka berdua sebelum ini. Episod itu bakal mengetengahkan isu-isu berhubung kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Dirty Money merupakan sebuah dokumentari memperincikan enam cerita yang belum pernah dibongkarkan termasuk dakwaan isu skandal, penggubahan wang haram dan rasuah dalam dunia perniagaan.
Terdahulu, Najib berdepan dengan tujuh pertuduhan, tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.
Manakala Rosmah didakwa menerima rasuah melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.
Dokumentari siri penyiasatan mengenai korupsi korporat dan kerajaan musim kedua itu bakal disiarkan pada 11 Mac ini.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂