Pakcik Tua Minta Sedekah Nak Bayar Sewa Rumah, Netizen Dakwa Anak Sendiri Yang Hantar

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang wanita, Fara Sharina yang terserempak dengan seorang pakcik tua di tepi jalan.

Menurutnya, warga emas tersebut dilihat berseorangan dalam keadaan terhuyung hayang mungkin kerana penglihatan yang tidak jelas sebelum menghampiri keretanya.

Lebih sebak, pakcik tersebut meminta sedikit wang yang membayar sewa rumah. Atas dasar simpati, Farah menghulurkan wang berjumlah RM50 serta sedikit kuih muih.

Perkongsian videonya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati atas nasib warga emas berkenaan.

Bagaimanapun, ada netizen mempersoalkan tentang latar belakang pakcik itu apabila ada individu mendakwa warga emas berkenaan dihantar oleh anaknya untuk meminta sedekah setiap hari.

Melihatkan jawapan daripada beberapa individu, ramai netizen lebih sebak dan kasihan dengan warga emas berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak dapat dipasti kesasihan dakwaan tersebut. Apa pun diharap segala urusan pakcik dipermudahkan.

SUMBER: TikTok