Macam Bandar Tinggal, Ini Koleksi Gambar Bandar Taiping Yang Lengang

Sejak 22 Mei lalu, beberapa derah di negeri Perak mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Taiping, Pengkalan Hulu, Hulu Kinta dan Hulu Bernam Timur.

Ternyata, warga di empat daerah tersebut mematuhi arahan kerajaan dengan duduk di rumah apabila suasana kawasan tersebut lengang dan seperti bandar tinggal.

Facebook Majlis Perbandaran Taiping turut berkongsikan keadaan semasa di bandar tersebut yang sunyi sepi.

Malah, pemandangan jalan raya sekitar bandar itu juga dilihat tenang tanpa kenderaan. Hanya beberapa sahaja kenderaan dapat dilihat mungkin keluar atas urusan tertentu.

Turut dikongsikan gambar di sebuah medan selera yang kosong tanpa kerusi dan meja makan kerana pelanggan hanya dibenarkan membeli makanan secara bungkus sahaja.

Untuk rekod, PKPD di empat mukim di Perak ini berkuat kuasa mulai 22 Mei sehingga 4 Jun depan. Apa pun diharap suasana di Taiping ini dapat dijadikan contoh buat semua rakyat Malaysia kekal di duduk rumah jika tiada urusan penting.