Tidak dapat dinafikan, apabila menjadi yang pertama dan terpantas menyampaikan berita – ia sangat mengujakan. Namun dalam masa yang sama mungkin kita juga terlalu taksub untuk berkongsi tanpa menyelidik dan mengetahui kisah sebenar di sebalik kejadian.
BACA: Menangis Suami Mati Dibunuh, Rupanya Ada Plot Twist Demi Percintaan
Baru-baru ini, sebuah video pecah rumah tersebar dengan pantas. Memang cemas, perompaknya bersenjata dan keluarga yang berada di dalam rumah tidak sempat berbuat apa-apa. Malah operasi rompakan itu dalam masa yang sama turut terlihat sudah dirancang kemas oleh si pesalah.
Bagaimanapun, tindakan pengguna laman sosial berkongsikan perkara tersebut dan turut menyatakan lokasi kejadian tanpa berita yang sahih sedikit sebanyak mengundang kebimbangan dan kecelaruan orang ramai.
Menerusi perkongsi di sebuah laman Facebook, video tersebut kini sudah mencecah lebih 14,000 perkongsian. Tapi perkara positifnya, video ini dalam masa yang sama menjadi peringatan buat mereka yang berada di rumah untuk lebih berhati-hati – lebih-lebih lagi di musim PKP ini yang semua orang berada di rumah.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut sebenarnya bukanlah berlaku di Sungai Siput seperti didakwa pihak tertentu.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian samun terbabit di daerah ini, bahkan pemeriksaan sebaliknya mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India”
“Tiada kejadian berikut berlaku di sini (Sungai Siput). Kita tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes rompakan bersenjata (seperti yang dimaksudkan). Pemilik FB itu sudah dikesan dan pihak polis akan rakam keterangan beliau,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Harian Metro