Susulan pandemik Covid-19 dan kes meningkat naik, pelajar sekolah kembali mengikuti Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) sejak Mei lalu.
Boleh dikatakan telefon pintar, komputer dan internet antara perkara paling penting sepanjang PdPR berlansung. Namun, lain jadinya apabila ada yang menyalahgunakan kemudahan diberikan.
Seperti kisah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Norliyana ini yang memberikan telefon kepada anaknya untuk sesi PdPR, terkejut apabila baki wang dalam akaunnya hanya tinggal RM2 sahaja.
Menurut Liyana, duitnya lesap disebabkan anaknya menggunakan sebanyak RM2,600 untuk membeli permainan di GooglePlay tanpa pengetahuannya.
Kata Liyana lagi, dia turut hairan bagaimana anaknya bileh membeli permianan tersebut sedangkan tidak menerima nombor TAC. Namun, sebaik sahaja di menyemak emel, mendapati banyak bil-bil berkenaan permainan tersebut.
Bagaimanapun, Liyana menyifatkan ianya dugaan PdPR dan menasihati ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati dan peka dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak.
SUMBER: Facebook Nor Liyana