Pertama kali dalam sejarah, kebinet baharu yang diumumkan hari ini menyaksikan jawatan empat Menteri Kanan diwujudkan tanpa Timbalan Perdana Menteri. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan untuk melantik TPM.
Menurutnya lagi, Menteri Kanan yang dilantik itu akan membantunya menjalankan tugas termasuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet ketika ketiadaannya dalam negara.
Ujarnya lagi, empat menteri terbabit akan menjadikan penyampaian lebih berfokus akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
“Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik,” katanya.
Empat menteri kanan terbabit ialah:
1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
2. Menteri Pertahanan – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
3. Menteri Kanan Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof
4. Menteri Pendidikan – Dr Mohd Radzi Md Jidin
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂