Teka-teki rakyat mengenai kabinet baharu akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai pembentukan kabinet petang tadi.
Menerusi pembentukan baharu itu, buat pertama kali dalam sejarah tiada Timbalan Perdana Menteri dan tugas itu diganti dengan melantik empat Menteri Kanan.
Apa yang menjadi perhatian apabila YB Khairy Jamaluddin kembali dalam kabinet sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi membuatkan ramai rakyat teruja dan gembira.
Perlantikan itu disambut baik oleh netizen di media sosial dengan ucapan ‘Abah is back’. Malah ada netizen mengatakan, selepas ini akan kedengaran semula gelaran buat Ahli Parlimen Rembau itu iaitu ‘Tall Dark & Handsome’.
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa sedih mengapa KJ tidak memegang jawatan sebagai Menteri Belia & Sukan seperti dahulu.
Terdahulu, KJ terkenal di kalangan rakyat dengan memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari Mei 2013 sehingga Mei 2018.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂