Tahukah anda, apabila Perdana Menteri di Malaysia meletak jawatan, apakah yang akan terjadi? Macam mana dengan Kabinet, macam mana dengan jawatan menteri-menteri lain?
BACA: Ini Jumlah Gaji Menteri Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu
Melalui keadaan semasa kini di mana Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan, ini beberapa perkara yang mungkin anda berminat untuk tahu.
Kami kongsi dulu kuasa pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara Baginda.
Kuasa pelantikan ini disandang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 40(2) itu menyatakan, ‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini’.
Apa yang anda perlu faham ialah peruntukan ini jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
Namun pelantikan itu juga adalah di atas kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri.
Malah dalam situasi di negara kita, Perdana Menteri telah meletakkan jawatan dan bukanlah dipecat.
Jadi apabila ia adalah disebabkan oleh peletakan jawatan, menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, seluruh kabinet akan secara automatik dibubarkan dan kabinet baru perlu dibentuk semula.
Kesemua jawatan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri perlu dikosongkan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang berlegar di kalangan netizen ketika ini.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.