Setelah dua hari berturut-turut kebakaran hutan melanda dan semakin merebak di bahagian barat Baitulmaqdis, akhirnya para pemimpin Israel meminta bantuan pertolongan antarabangsa.
BACA: Ini Kisah Atlet Judo Israel Di Olimpik Yang 2 Kali Diboikot Lawannya & Tak Menang Pingat
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Israel mengatakan bahawa 75 pasukan pemadam kebakaran yang disertai oleh 12 pesawat sedang berusaha untuk mengelakkan api terus mara.
Mengenai situasi tersebut, Greece diliihat berjanji akan menghantar bantun secepat mungkin. Sementara itu, pihak Israel turut menghubungi Cyprus, Itali dan Perancis bagi membantu untuk memadamkan kebakaran hutan tersebut.
Kebakaran yang telah menjangkau 17 kilometer persegi itu menyebabkan ramai penduduk terpaksa dipindahkan.
Malah mereka juga dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar kerana kehadiran asap tebal yang mampu membahayakan kesihatan.
Sehingga kini punca kejadian masih dalam siasatan. Ingatkan Israel mampu untuk bertahan seorang diri namun akhirnya terpaksa juga mendapatkan bantuan negara lain.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: ABC News