Nasi kerabu adalah salah satu hidangan yang penuh kemeriahan sebab nak makan kena gaul kasi sebati semua dulu. Namun harga nasi kerabu pada zaman sekarang turut jadi perdebatan.
BACA: Gadis Ini Dikecam Dakwa Perempuan Kelantan ‘Pisau Cukur’, Pengotor
Melalui satu video yang viral di TikTok, pelbagai lauk diambil untuk satu hidangan bungkus. Serius banyak sampai semua benda pelanggan tersebut cuba letakkan.
Tapi yang ajaibnya, harga keseluruhan cuma RM9.90 – suatu harga yang tidak masuk akal sebab memang banyak semuanya sekali.
Bagaimanapun, perkara tersebut kemudiannya dibawa ke Twitter menurut netizen, wujud perbezaan harga yang ketara bagi hidangan tersebut di negeri Kelantan dan Terengganu.
Sebelum itu, mari layan video pendek ini dulu. Kami pun asyik teguk air liur saja tengok video ini, nak berjalan ke Kelantan entah bila bolehnya.
The reason why aku suka kelantan. Lauk macam ni rm9.90. Kalau terengganu ni dah lebih rm10 😭😭 pic.twitter.com/bozolipeX2
— SEPOSEN (@seposenYS) August 18, 2021
Melalui perkongsian tersebut juga ada yang menyatakan harga makan di Terengganu cukup mahal mengalahkan harga makanan di Kuala Lumpur.
Tapi perkara tersebut mendapat tentangan dari warga Terengganu sendiri yang menyatakan hanya segelintir tempat saja hadir dengan harga yang agak mahal.
Perbalahan ‘manja’ tersebut berlarutan dengan pelbagai lagi kenyataan balas. Lucu pun ada baca, yang tak faham pun ada.
Tolak tepi sekejap bab harga, apa yang pasti, kita semua rindukan makan di kedai, lagi-lagi jika pulang ke kampung.
Kita semua rindu untuk beratur panjang-panjang, makan ramai-ramai. Inilah pengalaman yang kita sendiri pun tak tahu bila boleh dapat nikmati semula.
Semoga keadaan mampu kembali seperti sedia kala.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.