Sejak semalam tular di media sosial memaparkan dua lelaki dilihat berlari keluar dari sebuah bangunan menuju keluar ke pintu pagar kemudian menaiki sebuah kereta.
Difahamkan, dua lelaki berkenaan merupakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa atas pertuduhan rasuah di Johor Bahru.
Kedua tertuduh yang memakai topeng muka dan baju berhud itu bertindak sedemikian kerana tidak mahu wajah mereka dirakam oleh jurugambar dan pihak media.
Malah, dalam kejadian kira-kira 12. 45 tengah hari itu, salah seorang daripada mereka juga terjatuh di tangga mahkamah.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut geram dengan tindakan kedua individu berkenaan kerana bekerja di sebagai pegawai yang sepatutnya mencegah rasuah namun berbuat sedemikian.
Tidak kurang juga, rata-rata netizen melabel mereka ini sebagai pengkhianat serta tiada integriti.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan mereka ini sudah tentu rasa bangga apabila menangkap individu terlibat dengan rasuah namun apabila diri sendiri lakukan terus lari lintang pukang dek kerana malu jika wajah dipaparkan kepada umum.
Sementara itu, ada netizen mengatakan mereka sudah hilang hormat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta mengatakan jabatan itu sudah tidak boleh dipercayai.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua tertuduh didakwa memperdayakan seorang individu dengan mendorongnya memberi mereka wang tunai RM40,000 kepada dengan balasan kononnya mereka boleh membantu menyelesaikan kes yang disiasat SPRM ke atas individu terbabit.
SUMBER: Malaysia Gazette