Baru-baru ini hangat diperkatakan dimana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan ada segelintir remaja perempuan daripada keluarga miskin rela memilih untuk mengandung kerana dalam tempoh sembilan bulan itu kerana tidak perlu membeli tuala wanita.
Situasi sedemikian dikatakan berlaku khususnya di kawasan pedalaman yang dikategorikan sebagai ‘kemiskinan haid’.
Susulan isu tersebut Pejuanita Muda mahu wanita golongan B40 menerima bantuan tuala wanita untuk mengelakkan hamil dengan kerap kerana tidak mampu membeli tuala wanita.
Perkara itu turut mendapat perhatian anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah Ahmad Zahid mengulas mengenai isu tersebut.
Menerusi satu entri di Instagram, Hidayah mempersoalkan apa kaitan tuala wanita percuma dengan kehamilan.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecamnya serta bertanyakan adakah dia tahu mengenai ‘kemiskinan haid’ dimana ada yang tidak mampu untuk membeli pad.
Menerusi Twitter, seorang netizen mempersoalkan bagaimana ikon belia tidak faham tentang ‘kemiskinan haid’ serta boleh ketawa mengenai isu tersebut.
Katanya lagi, harga pad tidaklah sampai harga kayangan namun masih ada yang tidak mampu membelinya lebih-lebih lagi keluarga miskin yang adakalanya nak makan pun tidak mampu.
Seorang netizen turut bertanyakan kepada Hidayah adakah dia tahu bahawa wujudnya golongan yang tidak mampu untuk membeli pad dan sanggup hamil berulang kali.
Komen netizen itu dibalas oleh Hidayah mengatakan tiada pad dijual dengan harga kayangan kerana dia pernah melakukan kajian mengenai pad dan mengeluarkan jenama pad.
Jelasnya lagi, dia ketawa dengan tajuk berita tersebut bukan mengenai isu berkenaan serta sekali lagi mempersoalkan apa kaitan pad dengan kehamilan.
Susulan kenyataannya itu, ada seorang netizen turut menyeru orang ramai supaya tidak jenama pad yang dikeluarkan oleh Hidayah.