Kalau ikutkan banyak persamaan antara Malaysia dengan negara jiran kita iaitu Indonesia dari segi makanan dan juga bahasa. Tetapi apa yang sering menjadi isu adalah trend ‘claim’ yang sering dilakukan oleh rakyat Indonesia.
Baru-baru ini, Adidas Singapura melancarkan model terkini kasut Ultraboost SEA DNA CITY PACK dengan menggunakan tema wayang kulit sebagai corak motif pada kasut berkenaan dan menyatakan bahawa wayang kulit berasal dari Malaysia.
Ternyata perkongsian tersebut menimbulkan kemarahan netizen Indonesia apabila Adidas Singapura menerima ratusan komen yang mempertahankan bahawa wayang kulit berasal dari Indonesia dan bukan Malaysia.
Bagaimanapun, selepas pelbagai komen kritikan diterima, pihak Adidas mengubah ayat pada perkongsian di Instagram itu.
Hasil tinjauan di ruangan komen entri tersebut, rata-rata netizen Indonesia berang serta tegas mempertahankan bahawa wayang kulit berasal dari negara mereka. Malah, ada netizen indonesia mendakwa seolah Malaysia yang mencuri tradisi atau budaya negara mereka.
Difahamkan, Adidas Ultraboost SEA DNA City Pack ini hadir dengan 6 design mengikut negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura,Vietnam dan Filipina.
SUMBER: The Vocket