Wanita Kongsi Sikap Sebenar Shakilla, Dedah Realiti Sebenar Kehidupan Berumahtangga

Rumah tangga pelakon Shakilla Khoriri dan penyampai radio, Fizi Ali yang dibina selama tiga tahun berakhir dengan perpisahan. Khabar duka itu dimaklumkan oleh Fizi menerusi Instagram miliknya semalam.

Perceraian pasangan itu ternyata mengejutkan netizen apatah lagi sering melihat mereka berkongsikan momen bahagia bersama.

Menerusi Facebook, tular perkongsian seorang wanita yang mendedahkan sikap sebenar Shakilla yang pandai menyorok masalah rumah tangganya.

Malah, wanita itu turut berkata dia pernah melihat satu video dikongsikan Shakilla dimana pelakon itu mengatakan semua kerja rumah dilakukan oleh dirinya dan Fizi tidak membantu.

Katanya lagi, video dimana Shakilla meminta suaminya untuk pasangkan bidai rumah namun akhirnya dia sendiri yang memasangnya.

Lebih menjadi perhatian perkongsian wanita itu mengenai kehidupan sebenar rumah tangga dimana ada pasangan yang bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi kerana hal remeh.

Ujarnya lagi, jika hal remeh itu tidak diperbaiki boleh menjadi besar apatah lagi apabila berkahwin semuanya perlu dilakukan bersama dan kena ada kerjasama.

 

Kata wanita itu lagi, kebanyakan wanita sekarang turut bekerja dan kerja rumah pun perlukan dilakukan bersama-sama.

Tambahnya lagi, sangat penting untuk ajar anak lelaki membantu untuk membuat kerja rumah supaya mereka tahu apabila berkahwin kelak kerja rumah dilakukan bersama bukan hanya harapkan isteri sahaja.

Terdahulu, Shakilla berkata dia akur jodohnya dengan Fizi hanya setakat ini sahaja namun terlalu peribadi untuk mendedahkan punca perpisahan mereka.

Menurut Shakilla, dia dan Fizi cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dan mengakui sedih di atas apa yang berlaku, namun percaya dengan ketentuan Allah.

SUMBER: FacebookÂ