Setiap anak-anak pasti mahukan hubungan ibu bapa mereka kekal hingga ke akhir hayat. Namun, perkahwinan itu diuji apabila ada pasangan jatuh sakit sama ada yang sihat itu setia atau tidak.
Seperti kisah tular di negara seberang baru-baru ini, seorang anak tidak dapat menerima hakikat apabila ibu mereka dianiaya oleh bapanya yang berlaku curang.
Gadis berkenaan bernama Wijaya menerjah rumah dipercayai lokasi bapanya dan skandal bermadu asmara.
Gadis berkenaan menyangkakan kedua mereka akan panik apabila diserbu tetapi dia dimarahi dan ditolak dengan kasar supaya pergi dari situ.
Sebagai anak sudah pasti sedih apabila bapanya sendiri berpihak kepada si perampas. Akibat daripada kejadian itu, dia mengalami lebam-lebam pada lengan dan kaki.
Menerusi video dikongsikan di Tiktok, gadis tersebut turut menceritakan semula bapanya pernah mengalami masalah kesihatan pada tahun lalu dan ketika terlantar sakit ibunya dan anak-anak yang sanggup merawat serta menjaga bapanya.
Namun, apabila sudah pulih seperti sedia kala, bapanya seolah lupa dengan jasa ibunya yang berpenat lelah menjaga sedangkan wanita simpanannya menghilang entah ke mana ketika itu.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bahawa Allah sudah bagi peluang ntuk muhasabah diri namun tetap lakukan kesilapan.
Dalam pada itu, netizen mengatakan si bapa berkenaan tidak sedar diri sudah tua pun masih mahu melakukan dosa dan berskandal sedangkan ada yang halal di rumah.
SUMBER: GSTV