Seperti sudah menjadi kebiasaan, ibu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pasti akan melalui proses berpantang dimana segala pergerakan dan pemakanan akan terbatas.
Namun, seiring dengan peredaran zaman tidak semua wanita melalui proses berpantang yang ‘ketat’ apabila hanya perlu duduk diam sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Menerusi satu entri di Instagram, usahawan terkenal Vivy Yusof berkongsikan kembali momen melalui proses berpantang ketika melahirkan cahaya mata sebelum ini.
“Setiap kali bersalin, saya beritahu Fadza ‘Ok I’m gonna do it correctly this time’. Dia hanya menganggu walaupun dia tahu perkara itu tidak akan berlaku. Saya sangat degil,” katanya.
Menurut Vivy da pernah ‘diceramah’ oleh ibu dan ibu mertuanya mengenai tidak berpantang dengan betul, malah dia pernah berdebat dengan mengatakan Mat Saleh tidak ada berpantang tapi masih baik-baik saja.
Kata Vivy lagi, dengan kehidupannya yang menguruskan syarikat bukan mudah utuk tidak bekerja selama sebulan dan baginya mustahil untuk berpantang secara penuh di zaman sekarang.
“Berpantang secara penuh nampaknya mustahil pada zaman ini. Bagaimana kamu hanya berehat dan duduk tanpa rasa bersalah? Tolong!” tulisnya.
SUMBER: Beautifulnara