Isu penyewa membuat onar bukanlah perkara baru. Ada yang lebih teruk sehinggakan penyewa membiarkan sampah sarap berbulan-bulan dan boleh tidur dirumah atau bilik tersebut.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok oleh seorang individu dikenali sebagai Rizalmaruhan mendedahkan sikap buruk penyewa dari neraka.
Menerusi video tersebut, dia berkongsikan foto penyewa rumahnya itu apabila menemui sisa ikan yang hanya dibiarkan busuk sahaja serta air kencing yang disimpan di dalam botol.
Katanya lagi, sikap penyewa itu terbongkar selepas menerima aduan daripada penyewa lain mengenai bau kurang menyenangkan dari salah satu bilik rumah berkenaan.
Rizalmaruhan berkata lagi, dia tidak pernah terfikir untuk membuat pemeriksaan terhadap rumah yang disewakannya itu apatah lagi penyewa tersebut tidak pernah culas membayar sewa bulanan.
“Dia kerja bagus, kereta pun bukan biasa-biasa. Ditambah lagi penampilannya yang sentiasa kemas dan tak pernah ada masalah membayar sewa, saya tak sangka pula bilik dia jadi macam tu,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyewa lain turut mengatakan ada melihat individu itu keluar mencuci kereta namun tidak pernah nampak dia mandi atau memasak di dapur.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan sikap pengotor penyewa berkenaan.
Malah, ramai yang meluahkan rasa geli apatah lagi melihat air kencing di dalam botol serta mengatakan terlalu malas sangat untuk ke tandas.
Di ruangan komen, Rizalmaruhan menjawab soalan netizen dimana dia mendedahkan individu tersebut berasal dari Pantai Timur.
Melihatkan pada jawapan tersebut, rata-rata netizen sudah dapat mengagak sudah pasti individu berkenaan berasal dari sana. Tidak kurang juga ada yang berpendapat tidak perlu kaitkan isu pengotor dengan negeri.
SUMBER: TikTok Amirulrizalmaruhan