Pasti ramai masih ingat lagi dengan insiden keracunan gas karbon monoksida menimpa empat sahabat baik sehingga mengorbankan tiga nyawa ketika perjalanan balik bercuti dua tahun lalu.
Dalam kejadian itu, keempat mereka ditemui tidak sedarkan diri ketika berhenti rehat di stesen minyak di Sama Gagah, Bukit Mertajam. Katanya lagi, ketika itu enjin serta aircond masih dihidupkan manakala pintu dan tingkap tertutup rapat.
Selepas dua tahun kejadi itu, mangsa yang selamat, Nor Aqilah Mohd Safwan telah berkongsi serba sedikit kejadian yang berlaku pada malam itu di aplikasi TikTok miliknya.
Menurutnya, ketika kejadian kembarnya, Nor Adilah dan Sharifah Fariesha keluar membeli seidkit makanan dan minuman. Sementara itu, dia dan seorang lagi rakan Shazwanie berehat di tempat duduk belakang.
Sekembalinya di dalam kereta, mereka semua berbual dan tiada seorang pun yang tidur sebelum masing-masing tidak ingat apa yang berlaku.
Kata Aqilah lagi dia hanya membuka mata semula ketika berada di hospital. Sebaik sahaja sedar dari koma dia terus mencari kembarnya dalam keadaan tidak sedar.
Katanya lagi, dia sering bermimpikan kakaknya itu yang memeberitahu dia pengsan di pulau. Sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dia tidak dapat dapat mengingati apa-apa.
Aqilah berkata dia hanya mengetahui kakaknya dan dua sahabatnya sudah tiada ketika ditempatkan di wad biasa. Lebih menyedihkan, empat sekawan yang merupakan pelajar kolej yang sedang menanti hari konvokesyen.
Difahamkan, Aqilah kini sudah pulih sepenuhnya dan sudah pun mendirikan rumah tangga pada hujung 2021.
SUMBER: Kisah Dunia & TikTok