Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun ada yang tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan hingga akhirnya berlaku perceraian.
Baru-baru ini, seorang peguam syarie berkongsikan kisah dimana seorang wanita yang diceraikan sedangkan baru sahaja seminggu bernikah.
Menurut peguam berkenaan, wanita dan suaminya berkenalan di media sosial dan baru seminggu berkahwin suami keluar dari rumah kelamin tanpa memberi penjelasan kepada isteri.
Kata peguam itu lagi, si isteri mengetahui dia diceraikan selpas menerima surat notis dari mahkamah untuk urusan perbicaraan mereka.
Lebih menyedihkan, suaminya melafazkan talak di hadapan rakan-rakannya tanpa isteri mengetahui punca dia diceraikan.
Perkongsian peguam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut dengan kisah dikongsikan itu serta bersimpati dengan nasib si isteri yang seolah dianiaya.
Dalam video tersebut, peguam itu turut berkongsikan baru seminggu berkahwin masih terlalu awal untuk mencapai keserasian. Ujarnya lagi, jika benar tidak mahu teruskan ceraikan dengan cara baik sebagaimana mengahwininya sebelum ini dengan cara elok.
SUMBER: TikTok Sarafie