Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan, Ramai Yang Ingkar & Masih Berkumpul

Susulan peningkatan kes COVID-19, kerajaan mengambil langkah drastik dengan meleluarkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi membendung penyebaran wabak tersebut.

Perintah tersebut turut mengarahkan semua kedai makan ditutup kepada orang awam dan mereka hanya boleh membungkus makanan sahaja sebagai langkah pencegahan.

Bagaimanapun, pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang masih ingkat dan kelihatan bersesak di tempat awam seperti di kedai makan.

Beberapa netizen berkongsikan gambar di media sosial masih ramai yang ‘melepak’ di kedai makan seperti biasa di beberapa negeri.

 

Lebih mengejutkan, sikap peniaga yang mengendahkan arahan kerajaan dengan membuka gerai seperti biasa. Bagaimanapun, tindakan mereka itu membawa padah apabila pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan menggunakan pembesar suara agar gerai-gerai tersebut ditutup dengan segera.

https://twitter.com/mkhairulazri/status/1240104232633548800?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1240118067516125186&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fmasih-berkumpul-walaupun-dilarang-netizen-kongsi-sikap-tidak-bertanggunjawab-rakyat-malaysia%2F

Orang ramai perlu tahu, meskipun kedai-kedai makan masih boleh dibuka tetapi tidak dibolehkan untuk menikmati hidangan disitu. Hanya dibenarkan untuk di bawa balik sahaja.

Apa pun diharap restoran perlu mengambil langkah dengan tidak menyediakan kerusi meja agar pelanggan tidak datang untuk duduk dan berkumpul.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply